Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

Monday, 13 May 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera,,

Sinopsis Drama Nora Elena
Sepuluh tahun yang lalu, kesucian Nora Elena (Siti Saleha) dinodai. Andai masa boleh diulang kembali, pasti jiwanya tidak punah. Tapi dia sedar, takdir hidup tidak memihak kepada sesiapa. Saiful Idham (Zul Ariffin), tunangnya pergi kerana tragedi ini. Tiba-tiba muncul Seth (Aaron Aziz)  menawarkan diri utk menjadi suaminya. Nora Elena keliru…
Ternyata doa Seth dimakbulkan. Sepuluh tahun dia menjejaki gadis itu. Nora Elena, cinta yang bermula dari pandang pertama. Namun kenyataan tidak seindah impian. Hangatnya asmara Seth, namun hanya dia yang terbakar sendiri. Rasa cinta isterinya tidak dapat disentuh walaupun hakikatnya mereka berkongsi katil yang sama. Jiwa lelakinya merintih. Nora Elena bagai bayang-bayang yang tidak dapat dipegang.
“Hakikatnya, aku suami dan kamu isteri. Perkahwinan ini adalah simpulan mati. Hanya maut yang akan memisahkan kita berdua.” tegas Seth.
Tapi mengapa Elena menjadi wanita asing dalam perkahwinan ini? Rahsia yang selama ini disimpan kemas akhirnya terbongkar. Sebenarnya… Sethlah lelaki durjana itu. Menodainya atas alasan kerana kasihnya yang suci! Benarkah?
Lelaki adalah nafas hidup dan wanita adalah nadi jiwa… saling memerlukan dan mencintai. Dan cinta itu maknanya saling memberi dan menerima. Nora Elena akhirnya reda menerima Seth. Dia tidak akan menoleh lagi kerana lelaki itulah syurganya di akhirat nanti.
Mengapa saya pilih Drama Nora Elena?
Sebab saya menghabiskan 1 hari untuk habiskan menonton drama bersiri sebanyak 24 Episod.
Tambahan lagi, drama ini di adapatasi dari novel "Kasih Yang Suci" nukilan, Meen Zulaikha.

Berjumpa lagi di next entry.. :D

0 maklum balas:

Post a Comment