Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

Wednesday 27 February 2013

2013 LEGACIES OF WOMEN FORUM - MALAYSIA

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,, :)

The Global Summit of Women presents

2013 LEGACIES OF WOMEN FORUM - MALAYSIA

   Hari ini, pelajar2 tahun 1 yg mengambil CESMED diminta untuk mendengar Talk dari panel2 international di Dewan Canselor Tun Abdul Razak, Universiti Kebangsaan Malaysia. Kami diminta hadir mendaftar dari pukul 1 hingga 2.30 petang. Majlis tersebut dirasmikan oleh Datin Seri Paduka Rosmah Mansor, iaitu isteri kepada Perdana Menteri Malaysia. Kedatangan tetamu disambut meriah oleh pelajar2 tahun 1 di DECTAR.

   Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan ucapan dari Vice-Chancellor of Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Tan Sri Dato' Seri Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin, kemudian dirasmikan oleh Datin Paduka Seri Rosmah Mansor. Setelah tamat majlis sesi pertama, forum pun dimulakan. Moderatornya adalah Irene Natividad iaitu president Global Summit of Women (USA), ada 3 panel yang terlibat dan yang paling menarik perhatian pelajar2 adalah Sung Joo Kim, Chairperson and Chief Visionary Officer, MCM Holdings AG yang datang dari Korea Selatan. Memandangkan gelombang PSY masih lagi menyengat dengan tarian OPPA GANGNAM STYLE nya itu, menyebabkan panel dari korea selatan tersebut mendapat tepukan yg paling gemuruh. :)

Datin Paduka Seri Rosmah Mansor
Prof Tan Sri Dato' Seri Dr Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin
Irene Natividad

Sung Joo Kim


   Mesti semua tertanya2, apa tu Global Summit of Women uh.. meyh sini saya cerita,, ia adalah sidang kemuncak global wanita yang diadakan setiap tahun dengan membawa bersama pemimpin-pemimpin wanita dalam perniagaan, kerajaan dan organisasi bukan kerajaan untuk forum tiga hari itu. Forum tersebut memberi tumpuan kepada amalan terbaik yang mempercepatkan kemajuan ekonomi wanita. Ia juga digelar the'Davos for Women'  kerana tumpuan ekonomi dan berkaliber daripada peserta. Sidang kemuncak itu menyediakan peluang rangkaian yang unik, inspirasi peranan Malaysia pada Jun 6-8, 2013. Di bawah pimpinan pengerusi First Lady Malaysia, H.E. Datin Paduka Seri Rosmah binti Mansor, 1,000 pemimpin wanita dalam perniagaan dan kerajaan dari lebih 75 negara dijangka menyertainya.

   Jadi, kamu da faham apa itu Global Summit of Women?? haha.. kalau masih x jelas lagi, g tanya pakcik Google sana. hehehe.. 

Antara badan2 yg telibat;


SME Corp Malaysia
Global Summit of Women
MiTi Malaysia
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

   Sekian, sampai disini. x mampu nk menaip lagi,, hari ni penat sangat sebab ada kelas dari pukul 8pagi sampai ke 5 petang. -_- Jumpa lagi di entry2 mendatang. :)

Tuesday 26 February 2013

First Impression ^_^

Assalamualaikum dan salam sejahtera, :)
One small positive thought in the morning can change your whole day.
  Hari ni adalah hari pertama saya menjejakkan kaki ke kuliah EPPD1063 Aplikasi Komputer memandangkan last week saya tak datang kuliah kerana lambat mendaftar. Hari ni, dengan hati yg berbunga2 dan semangat yang berkobar2, tepat jam 7.30 pagi saya dah keluar dari bilik menapak ke kelas di makmal 3. Dalam perjalanan ke kelas, saya memikirkan bagaimanalah agak nya lecturer saya nanti yang hanya saya kenal namanya, Dr. Noor Azuan Binti Hashim. Garang ke? Tegas ke? Kejam ke? Biasa2 je ke? huhu,, macam2 yg terlintas di fikiran waktu tu. Sampai je di makmal, hampanya, melihat makmal masih belum dibuka, terpaksa la bersidai di luar makmal. Kalau dapat masuk makmal da waktu uh mesti best sebab ada air condition. weee..
 
   Akhirnya, terbuka juga pintu makmal. Apa lagi, masing2 masuk mahu memilih tempat duduk. Terujanya hati waktu uh melangkah masuk makmal sampai kompius nk duduk kat mana? barisan 1 atau 2? emm,, Akhirnya keputusan dicapai dengan memilih barisan no 2. ^_^ Saya duduk diapit sahabat2 dari Borneo, Azira dan Rahimah. Seronoknya rasa hati nk belajar aplikasi komputer. X sabar rasanya, berdegup2 jantung menanti ketibaan lecturer yg tidak pasti bgaimana karakternya. Seorang demi seorang pelajar masuk. Sambil menanti ketibaan beliau, ramai rkan2 saya yang berada di barisan hadapan rancak menaip dan meng'click' icon2 'like' dan sebagainya di laman bertema biru putih dan di barisan belakang pula, ada yang membuka akhbar Metro online untuk mengisi masa lapang mereka mendapatkan informasi serta isu2 semasa.

   Tepat jam 0804, pintu pun dibuka yg menyebabkan sunyi sepi seketika di makmal siswazah 3 tu. Hanya seketika. :) Beliau masuk membuat persediaan untuk memulakan kuliah, namun, saya sangat hampa dengan segelintir rakan2 yang datang lambat. Saya sangat tidak suka jika saya masuk kelas selepas lecturer masuk. Bagi saya itu adalah perbuatan yg kurang sopan. Jadi sahabat2, ayuh kita ubah perangai yang satu tu ya? ^_^ em,, karakter Dr Azuan in my view?? emm,,, Baik dan ramah. Mungkin boleh tolak ansur kot. :)

inilah Dr Azuan binti Hashim

   Kelas hari ni sangat2 rushing sebab Dr. Azuan ada meeting pukul 9. Jadi, betapa hebatnya kami belajar buat Work on 1 dan Work on 2 serta cara untuk upload file dalam blog. Nasib baik ada rakan2 yg hebat disekeliling saya yg boleh membimbing. :) Tengah2 syok meng'follow' segala instruction Dr. tibe2 kaki ni gatal menggeliat, tertutup suis PC di bawah meja. Naaa,,, mati terus PC. terpaksa la on balik. Uinaaa.. malunya. Monitor orang lain semua memaparkan item2 Words, sedangkan saya, berlatarkan screen hitam. Ketara.

ni file 1 untuk task 1

gara2 kaki menggatal menggeliat...


haaa!!! amek ko black screen terus.. -_-


   Lecturer pun meninggalkan kelas dan beransur ke meeting roomnya, dan kami disuruh siapkan task 1 dan task 2. Dengan sedaya upaya saya berusaha membina blog saya pada waktu itu kerana baru dapat makluman bahawa setiap minggu kena ada 2 post dan task2 perlu dihantar melalui blog updated. Dengan line internet yg agak biol, dan PC makmal yg agak mencabar iman, saya telah membuat keputusan untuk siapkan task 1 dengan menggunakan lappy sendiri. Maka, siaplah task 1 yang dibuat bersama2 Azira dan Rahimah serta diselingi kehadiran Jenica dan Asyiqin.

   Tapi,,, task tersebut saya akan upload pada next post keyh?? mungkin jugak next2 post. >_<

"Hari2 selasa yang mendatang akan menjadi hari selasa yang indah buat saya,, :) "