Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

Friday 29 March 2013

Pengalaman pulang ke Kampung :)

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pada post kali ni saya ingin berkongsi pengalaman saya pulang ke kampung halaman. Apa yang mendorong saya untuk berkongsi kisah ni dengan anda adalah kerana sepanjang saya menetap dan menuntut di Universiti Kebangsaan Malaysia ni, saya belum pernah dibenarkan untuk pulang sendirian. Abah akan mengambil saya walaupun apa juga caranya. Namun, kepulangan kali ini, saya berkeras untuk mencari pengalaman pulang dengan public transit

Tarikh 29 March 2013, Jumaat. Saya telah mencipta 1 memori atau cerita yg saya boleh kongsikan dengan generasi saya nanti. In Shaa Allah. :)

Perjalanan bermula dari UKM, Bangi dan berakhir di Melaka.



Kisah bermula,
Selepas kelas Bahasa Arab, saya bergegas pulang dan mengemas barang untuk pulang ke Melaka. Disebabkan saya malas untuk menunggu bas RENGIT 6K/6Z,, saya pun call la pak cik Muslim (teksi). Tepat jam 11 sengah, pakcik Muslim pun sampai, perjalanan yang tidak sampai 10 minit itu, saya bayar dengan harga RM10, memandangkan bersedekah pada hari jumaat adalah amalan yang digalakkan. Kemudian saya pun membeli tiket komuter ke Seremban dengan harga RM 4.30. Setelah menunggu dalam 20 minit, komuter ke Seremban pun tiba, saya menaiki komuter tersebut n alhamdulillah ada tempat duduk kosong. Punyalah mengantuk mata ni, ditambah pulak pening kepala kerana komuter tersebut seperti terhuyung hayang sepanjang perjalanan ke Seremban. Perkara tersebut mendesak saya supaya jangan tidur. O_O

Dalam pukol 1, sampai la saya di Seremban, berjalanlah saya dri KTM ke Terminal bas. Jauh sungguh perjalanan. huh~ Sesampai saja di terminal, saya terus ke kaunter TRANSNASIONAL berharap agar ada tiket yg tinggal untuk saya ke Melaka. Alhamdulillah, syukur kerana masih ada tiket yang berharga RM7 dan waktunya pada 1 sengah. Mahu atau tidak saya terpaksa menunda waktu solat Zohor saya, kerana takut ketinggalan bas pula. Namun apa yg berlaku, bas yg sepatutnya gerak pada pukul 1 sengah, sampai di terminal pada pukol 1.45. Sakitnya rasa hati waktu uh,, grrrr!!!! Dalam pukul 2 ptg baru lah bas tersebut bergerak ke Melaka.

Dalam bas tersebut saya dapat partner seat Chinese perempuan. tidur je dia. Saya pula memang tak biasa tidur dalam kenderaan yg bergerak. Jadi saya mengambil keputusan untuk menyiapkan tugasan Powerpoint. hahhaaa,, mesti terharu DR Azuan kalau tahu ni.. heheeee.. em, dalam pukul 3 sengah sampai la ke Melaka Bandaraya Warisan Dunia. yahooo!!!! Saya pun turun dan menunaikan solat Zohor. Kemudian, pergi ke bas domestik untuk pulang ke rumah. Dan alhamdulillah, terdapat 1 bas PANORAMA yg sedang memanaskan enjin untuk bergerak ke Batang Melaka. Oppss,, jangan salah faham ya,, rumah saya bukan di Batang Melaka, tpi perjalanan ke Batang Melaka melalui kawasan rumah saya. :) Dengan tambang RM1.80 sampai la saya di rumah. 

Yeayhh,, HOME SWEET HOME.. :) 



Konklusinya, pengalaman menaiki public transit mengajar saya beberapa perkara:

  1. mengenali pelbagai jenis ragam manusia
  2. mengajar saya supaya aware dengan keadaan sekitar saya
  3. sentiasa bersabar dengan apa juga perkara
  4. kena ringan mulut dan sentiasa bertegur sapa
  5. next time jangan bawa barang banyak2, bawa yg perlu sahaja
  6. sediakan asam or gula2 supaya dapat mengawal pening dan mual2
hahaha... bnyak sangat songeh nya,, hehhee,, em,, tu je kot,, hahhaa,,, semoga berjumpa lagi di entri yang seterusnya. eh,, jap2,, lupa nk state total perbelanjaan tambang adalah RM23.10. woahh!! da macam tambang dari Pahang ke Melaka. hikhikk,, Padahal, Bangi ke Melaka je. Xpe la, itu semua pengalaman. :)
See U next time. 
Sunday 24 March 2013

Assignment EXCEL :)

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Last post berkaitan aplikasi komputer adalah mengenai mailmerge. Ingat lagi x?? Saya ada post uh,, :) hehee,,, em, dan kali ni post saya mengenai aplikasi EXCEL.. Jika kalian perasan task n assignment sebelum ni meminta kami menggunakan Microsoft word. Dan kali ni kami telah melangkah ke tahap yg lebih mencabar dengan menggunakan Microsoft excel. Alhamdulillah, assignment yg diberi berjaya saya laksanakan walaupun sudah terlepas due date nya. Saya betul2 tidak perasan due date nya. Saya harap Dr Azuan dapat bertolak ansur dengan saya. :) Disini saya sertakan assignment yg telah saya sempurnakan. Harap memuaskan hati kalian.


Sekian saja tinta saya kali ini, semoga bertemu lagi di entri yg seterusnya,, :)



Friday 15 March 2013

Galau ???

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Entry kali ni saya nak kongsi tentang lagu diatas,, :)
Lagu ini sedang menghantui bilik saya sejak kebelakangan ni.. Lagu ini berkumandang tanpa henti dari malam, sampai tengah malam, dibawa hingga ke pagi,,
Betapa dasyatnya penangan lagu ni,, hehehe,, :)
Memandangkan minggu ni tiada task @ assignment yg perlu di post, jadi saya ambil kesempatan ni untuk berkongsi 2 lagu ni,, :)

GALAU ^_^

menurut Pusat Rujukan Persuratan Melayu; Galau adalah;

 kebisingan, kekacauan;bergalau terlalu ramai dan sibuk, kacau-bilau: bunyi suara orang ~ datang dr arah belakang rumah; tiada sesuatu pun dapat dikatakannya walaupun di dlm dadanya bergelora perasaan yg ~ dan bergolak; ~ orang di pasar sangat ramai; fikirannya ~ fikirannya keliru;kegalauan 
1. kebisingan, kekalutan: tatkala berhadapan dgn ~, berkidung-kidunglah agar sukmanya tenteram; 
2. kekeliruan: ~ fikiran.

*saya pun x berapa pasti Dato' Siti maksudkan Galau yg mana 1. :)



GALAU adalah lagu nyanyian Dato' Siti Nurhaliza (roomate saya fan dia)

[*] Semerbak wangi di taman hati
Setulus cintaku pejamkan matamu
Sisakan waktu barang sejenak
Pastikan dirimu ada di detak jantungku

[**] Rebahlah di pusara hati
Agar terlelap tidurmu
Tegarlah menyelami hidup
Dan buang semua kebimbangan


[***] Kala dahagaku
Sejukkan jiwa ini
Cinta tulus darimu
Saat galauku
Kau yang sanggup menenangkan
Sampai badai berlalu

Repeat [*], [**] & [***]

Repeat [***]

Semerbak wangi di taman hati
Setulus cintaku pejamkan matamu

Nak tahu kenapa lagu ni sangat menghantui bilik?? Inilah lagu ringtone roomate saya, inilah lagu alarmnya, dan setiap saat, detik nadinya dan hembus nafasnya, lagu ni tetap berkumandang di lappynya,, :)
Dari saya x hafal, n x tahu langsung lagu uh, sampai la jadik siulan da sekarang ni.. :)



Apa lah masalah video ni,, puas try center kn, tpi dia suka jugak duduk kat side,, ikut suka la, Sekian entry saya kali ni, next time kiter citer2 lgie keyh,, :)

Pie piE ~
Monday 11 March 2013

Mailmerge :)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Kali ni entry tentang mailmerge. Tahukah kalian apa menatang uh?? hehe.. Saya pun baru lagi dengar tentang perkara trsebut. Sedangkan dah lama da bergelumang dengan Words ni. Tpi tak pernah nk godek2 sampai ke situ. :) Task kali ni mampu menggugurkan beribu rambut saya. Gugur sikit je la. kalau bnyak2 kang botak lak. Punya la complicated insruction yang diberi. Tak pasti la macam mne nk upload pada blog ni. Saya harap anda tiada masalah mahu membuka link folder saya. Kali ni saya buat dalam folder, slama ni saya hantar dalam file je. Hehehe,, Need evolution,, :)

Link ke folder mailmerge: NurSyakillaBintiAziz_Task4_Mailmerge

Sedikit tentang mailmerge: 
    Mail Merge adalah fitur aplikasi word processing yang digunakan untuk memproduksi banyak dokumen dalam satu template. Isi dokumen tersebut diambil dari sumber data terstruktur (database).
Dalam Microsoft Word, fitur mail merge dapat digunakan untuk membuat label yang berisi nama dan alamat penerima surat.
Dengan mail merge, seseorang tidak perlu membuat label surat dengan template yang sama berulang-ulang, melainkan cukup memasukkan data nama dan alamat penerima surat yang diimpor dari

Senangkan?? 1 surat untuk 10 penerima. :)




Sekian sahaja untuk entry kali ni. Semoga bertemu lagi di next2 entry. :)

RESUME (CV)

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Em, task untuk buat resume?? hehe.. inilah pertama kali dalam hidup buat resume. Selama ni buat resume cincai je, hahha,, tidak mengikut format yang sebenarnya. Alhamdulillah, hari ini saya da ter'expose' ngan perkara2 tersebut. Semoga pelajaran tersebut dapat membantu saya dalam menghasilkan resume yang lebih lengkap dan bersesuaian untuk memohon sebarang pekerjaan.

Ni hasil pembelajaran: NurSyakillaBintiAziz_task3_resume

Harap2 la tiada apa masalah untuk kalian skodeng link tersebut.. :)


Monday 4 March 2013

Assignment T_T

Assalamualaikum dan salam sejahtera,,

Mesti ramai yang tertanya kenapa title post saya uh ada smiley nangis,, hehhee... tu la,, buat kerja last minute,, hehehe,, padahal assignment Dr Azuan da bgi dari last week lagi,, Suka sangat bertangguh kerja,, padan muka.. make sure next time jangan ulang lagi ye Syakilla!! :)

Assignment kali ni, saya diminta untuk mendesign 1 flyer untuk apa2 event yg boleh menarik perhatian orang ramai. :)

Haahaaa,,, apakah flyer saya mampu menarik perhatian anda?? hehhe.. jemput la klik ya??


Alhamdulillah,, siap juga akhirnya,, :)


Task 1 dan 2

Assalamualaikum dan salam sejahtera,,

Nur Syakilla binti Aziz

A139912

Fakulti Ekonomi dan Pengurusan

Aplikasi Komputer (EPPD1063)

Task 1 :)

Task 1 adalah task 'Working on some of Microsoft Techniques'

Senang cerita untuk task ni, kami telah diberi tunjuk ajar menggunakan segala item dan tools yang terdapat dalam microsoft word. Antara perkara yang saya belajar adalah:
  1. to save document
  2. to set margin
  3. to make column
  4. to change page background
  5. to make references
  6. to make title for the article
  7. to change style of the text
  8. to insert picture
  9. to position the picture in the page
  10. to insert graphic
  11. to drop the first letter of the word
  12. to review the article
  13. to change the word
  14. to insert date and day
Ni adalah antaranya,, kalau nk dinyatakan memg jenuh la,, :)
Akhirnya, saya berjaya menyiapkan task 1 saya.


Task 2 :)

Seterusnya, bagi task 2 pula, saya telah diajar how to 'Work on long document and table of content'

Task ni bnyak membantu saya dalam memudahkan urusan saya untuk pengurusan penulisan saya. Kadang2 tesis, laporan, kajian dan sebagainya, tidak diletak dalam format yg betul. Jadi task ni membantu saya memudahkan urusan mengikut format yg ditetapkan. Antara item yg baru saya pelajari adalah:
  1. penggunaan Heading 1, 2, 3 dan seterus.
  2. penggunaan alignment
  3. penetapan space line
  4. penggunaan Header & Footer
  5. cara mudah untuk membina Table of Content
Saya percaya perkara2 di atas akan membantu saya di masa akan datang dalam penulisan sebarang report dan kajian.

Task tersebut telah saya sempurnakan secara individu, x seperti task 1 yg saya lakukan secara perbincangan dan berkumpulan. :)


Cukuplah entri saya pada kali ni,, :)
semoga bersua di next2 entri.. :D